1 of my fav dessert! Lagi-lagi jumpa sagu warna pink, memang ngam la :) I belajar buat sagu ni pun dari website, search je kat google, semua nye keluar. Macam-macam cara jugak, so I baca dari 3,4 blog cmne nk buat sagu ni. Kekadang diaorg share ape yg boleh & tak boleh buat.
Ada juga terbaca 1 problem ni, diaorg tanya kenapa jadi macam jeli lepas rebus. Sebabnya kena toskan dan basuh sagu tu untuk buang kanji. Baru la cantik jadinya.
Suka tengok color2 sagu ni. Meriah je, ada pink, putih & hijau (pandan). [1 paket = 300gram]
Alaa, zaman sekarang beli santan dlm kotak je senang. Hehe. Santan ni pekat & sedap. Boleh la try.
Ok, masak santan 200ml ni dengan air. Kalau xnk pekat, letak la banyak air. Ada org suka pekat & berlemak. So terpulangla ye :) Kemudian masukkan daun pandan. Kacau je dengan api yang perlahan. Santan ni xboleh dibiarkan, kacau je lebih kurang 10 minit. Jangan masak dgn api besar, nanti pecah minyak. Lepas da masak santan ni, sejukkan dalam peti.
Yang ni plak cara nk rebus sagu. Tunggu sampai air mendidih, baru la masukkan sagu. Pastu rebus dalam 20-25 minit (untuk sagu 300gm). Agak2 da kembang, maknanye dah masak la tu. Masa rebus ni pun kena la selalu kacau. Nanti melekat plak sagu2 ni.
Lepas da rebus, tunggu 2-3 minit. Toskan masa panas2 tu & cuci sagu tu untuk hilangkan kanji. Mula2 mmg nampak macam jeli, tapi lepas da basuh banyak kali, baru la nampak sagu nye. Pastu masukkan la dalam acuan yg anda mahu :)
Lupa plak nk snap gambar masa masak gula melaka. Xpela, I bgtau je la ye. Cara-cara nak masak gula melaka ni senang je. Masak gula melaka (ikut kemahuan berapa banyak) dengan air sedikit. Kemudian masukkan daun pandan macam masak santan tadi. Air jangan banyak sangat, nanti xpekat plak gula nya. Biar kan sehingga gula melaka sebati dengan air.
Tadaaa, ni la sagu pink marvelous kt lepas dah letak santan & gula melaka! hehe ;)
Boleh la hiaskan dengan buah favourite anda! Siap tuk dihidang :)
Selamat mencuba! ;)