Pages

Tuesday, April 26, 2011


Sutera Bidadari [Ramlee Awang Murshid]

Akhirnya, novel sambungan dari 'Cinta Sufi' dah diterbitkan. I beli novel ni kat book fair, PWTC. Dah agak berzaman jugak menunggu. hehe. plus ade 15% diskaun lagi. jadi pergi la beramai2 ke sana sebelum 1 mei. ;p

[sinopsis] Sebuah ceritera epik thriller

Saifudin muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, die tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman: Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk sumpahan: Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah: Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertai kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Ramlee Awang Murshid - Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembaca, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

0 comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers